Thursday, April 7, 2011

Buatmu... Dariku...

Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku lapangkan dadaku untuk menerima dirimu dalam hidupku... Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku bukakan pintu hatiku untuk menerima nasihat dan teguran darimu untuk kebaikanku...Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku hadiahkan sesuatu yang amat berharga dalam hidupku... Hadiah untukmu itu adalah pemberian dari mama untukku ketika ingin melangkah ke alam universiti... Buat bimbingan dan panduan untukku yang bakal berpisah dari keluarga buat pertama kalinya... Pemberian ini kusisipkan kepada sebagai janji dan bukti bahawa kaulah yang bakal membawa aku lebih dekat kepadaNYA... Sebagai bukti aku menerima kehadiranmu kerana DIA... Juga... Sebagai bukti yang kau berharga buatku... Pemberianku itu mungkin tidaklah semahal mana bagi kehidupan dunia... Namun.. Aku yakin dan pasti, ianya semahal-mahal hadiah untuk membantumu di akhirat... Aku berikanmu pemberian ini kerana ku yakin dan pasti bahawa kau juga akan menggunakan dan menjaganya sebaik kamu menjaga aku...





Terimalah pemberianku ini... Agar hubungan kita diberkati Ilahi dan disinari rahmat dariNYA... Buatmu... Dariku... 

*Khas buatmu yang telah dinikahkan denganku di langit... Aku menantimu disini...