Nabi Muhammad saw juga bersifat dgn peribadi yg biasa terdapat pada diri manusia biasa yg lain.Cuma yg membezakan Baginda saw dgn kita adalah peribadi baginda saw yg lebih utama dan tinggi nilainya dari aspek keindahan ,kesempurnaan ,kekuatan,ujian dan keunggulan. Sedangkn kita bersifat dgn sifat yg sgt kekurangan spt tidak cantik,buruk dan kurang tahan menanggung ujian . Sifat jasmani Nabi saw termasuk dlm golongan manusia yg pling hebat wajahnya.kehebatan wajah baginda saw cukup menggentarkn sesiapa saja yg melihat wajahnya.diriwayatkn seorang lelaki Badwi menjadi megeletar tubuhnya apabila terpandang wajah nabi saw yg tersangat hebat. Sayyidina Ali bin Abu Talib berkata ,sesiapa yg baru melihat wajah Rasulullah saw ,nescaya dia akn merasa takut kerena kehebatannya .Tetapi apabila seseorang sudah lama bergaul dengan Baginda saw ,dia akan merasa sgt syg kepadanya. Selain mempunyai wajah yg sgt hebat ,Rasulullah saw adalah sorg insan yg indah sekali wajahnya. keindahan wajah Baginda saw menyerupai rupa datuknya Nabi Adam as dan Nabi Ibrahim as .Hal ini diakui sendiri dlm sabdanya : “Aku sgt serupa dengan Nabi Adam as dan Nabi Ibrahim as.Tetapi antara kedua-duanya agak jauh sedikit perbezaannya” Maksud kata-kata Nabi saw ini ialah rupa dan tubuh badan baginda saw amat menyerupai nabi Adam as dan Nabi Ibrahim as .Tetapi antara Nabi Adam as dan Nabi Ibrahim as agak jauh sedikit kemiripan wajah dan bentuk badan antara mereka berdua. Selain Nabi Adam as dan Nabi Ibrahim as ,terdapat enam orang Nabi lagi yg hampir serupa wajah dan rupa mereka dgn rasulullah saw .Nabi-nabi itu ialah Nabi Idris as,Nabi Ismail as,Nabi Ya’qub as,Nabi Yusuf as,Nabi Musa as dan Nabi Harun as. Manakala org yg bukan Nabi ,yg hampir serupa mirip rupa dgn Rasulullah saw ialah seramai 5 org .3 org drp mereka merupakan sepupu Baginda saw sendiri iaitu Al-Mughirah bin Al-Harith bin Abdul Muttalib yg lebih dikenali dgn nama Abu sufyan ,lagi anak kepada Al-Abbas iaitu Qutsam bin Al-Abbas bin Abdul Muttalib .Yg ketiga pula,anak kpd Abu Talib iaitu Ja’far yg terkenal dgn panggilan Ja’far At-tayyar(Ja’far penerbang). Keempat pula,cucunda Baginda saw sendiri yakni anak kpd Siti Fatimah yg bernama Al-Hassan bin Ali dan yg kelima ialah As-Saib bin Abu Yazid ,datuk kpd Imam Asy-Syafie.Salasilah Imam Asy-Syafie ialah Muhammad (Imam Asy-Syafie)bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Saib bin Abu Yazid bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf bin Qusai. Inilah yg diriwayatkn insan-insan yg wajah mereka serupa dgn wajah Rasulullah saw dan ada juga yg keseluruhan personaliti diri mereka termasuk potongan badan.
*Post diambik dr FB yg dihantar oleh saudara Kamil Ikhwan,peace4Islam...Harap dapat menambah info tentang Nabi Muhammad S.A.W...
No comments:
Post a Comment