Monday, October 4, 2010

kAlaU RiNdU ApE NaK WAt..??

Saya nak tanyer..kalau rindu kat seseorang,ape yg patut sy wat..??patut ke sy mnangis..??ketawa..??wat2 sibuk..?g jln2 cari pasal ker..??manela taw buang tabiat kan..hehe...awak2 rase ape yg patut sy wat..??
ader org penah kater...

Kata orang,
Kalau rindu,
Lihatlah bulan,
Kerana pasti si dia melihat bulan yang sama...

*yeker..??slp2 tmpat dier hujan...bukan nmpk pon...hehe...

Namun aku mahu,
Jika kita rindu,
Kita ubatinya dengan solat...
Kerana apa..?
Kerana aku dan kamu,
Walau muqim kita berbeza,
Kita tetap menghadap ke arah kiblat yang sama,
Menadah doa kepada ALLAH yang sama,
Kita tetap bersujud di bumi yang sama...

Aku juga mahu,
Jika kita rindu,
Kita ubatinya dengan Al-Quran,
Kerana apa..?
Kerana ia warisan Rasul tersayang,
Yang satu-satunya kekal hingga ke akhir zaman,
Tiada pengganti buat Al-Furqan yang menjadi pegangan...

Kenapa begitu..?
Kerana kita berkongsi Cinta yang sama,
Mendamba Kasih yang sama,
Mengharap Destinasi yang kekal sama,
Agar sentiasa bersama...
Moga Jannah Firdaus menjadi saksi...
Akan Cinta, Kasih & Sayang
Yang bersemi kerana ILAHI...
(^_^)

*Diubah suai dari mesej yang diterima dari teman...=)

No comments:

Post a Comment